Wednesday, August 27, 2008

JAWI

Profil

Sejarah Penubuhan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) Persekutuan ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urusetia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974.

Urusetia Majlis pada ketika itu hanya terdiri dari beberapa orang pegawai sahaja ,mereka terdiri daripada :

  1. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Kadi Besar Wilayah Persekutuan
  3. Ketua Penolong Setiausaha
  4. 2 Orang Kadi
  5. Pegawai Tadbir Masjid
  6. 2 Orang Pegawai Zakat & baitulmal
  7. Pegawai Pendakwa & Penguatkuasa
Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditubuhkan pada tahun 1978, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. Walaubagaimanapun, pada tahun 1987 Kementerian ini telah dimansuhkan. Maka, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan pula di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kini. Pada peringkat awal operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hanya terdiri daripada beberapa unit kecil sahaja iaitu :-
Unit Pentadbiran
  1. Unit Pengurusan Masjid
  2. Unit Penguatkuasa & Pendakwaaan
  3. Unit Pentadbiran Nikah , Cerai dan Ruju`
  4. Unit Zakat & Baitulmal
  5. Unit Fatwa
Sejak awal penubuhannya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah menoleh ke belakang malah terus berkembang hingga ke hari ini dengan kewujudan 2 cawangan iaitu Cawangan Labuan diwujudkan pada 16 April 1984 manakala Cawangan Putrajaya pula diwujudkan pada 1 Ogos 2001. Kini, peranan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diperluaskan kepada beberapa bidang antaranya : -

Merancang pembangunan dan aset Majlis
  1. Penyelidikan
  2. Memberi pendidikan serta keperluan guru yang mencukupi untuk mendidik anak-anak masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan
  3. Menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan
  4. Pengurusan saudara baru yang lebih konsisten
  5. Pengurusan zakat , wakaf dan Baitulmal
  6. Penguatkuasaan & Pendakwaan serta memberi kaunseling kepada pasangan bermasalah
  7. Pentadbiran Undang-undang Keluarga yang lebih sistematik
  8. Menerbit dan mengedarkan majalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti JAWI dan kitab-kitab agama
  9. Penyelidikan fatwa

Objektif

Melaksanakan program pendidikan dan perkhidmatan agama untuk umat Islam
Mewujudkan aktiviti sosial dan kebajikan bagi faedah umat Islam
Menyediakan tempat- tempat ibadat umat Islam

Visi

Untuk melahirkan sebuah masyarakat maju yang menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Misi

Menjadi sebuah badan agama yang unggul dalam melaksanakan program- program pembangunan insan bagi melahirkan masyarakat yang terpelihara dari segi aqidah dan syariah.

No comments: