Wednesday, August 27, 2008

Explorace...Jawi, Muzium Kesenian Islam.. Masjid Negara


Kami amat menantikan acara ini sejak ketibaan kami di kompleks belia dan sukan, bukit kiara ini.

acara dimulakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. acara ini berlangsung dengan taklimat oleh pegawai di JAWI sendiri. Pegawai terbabit menerangkan tentang fungsi dan kepentingan JAWI kepada kami. Selain itu kami juga difahamkan tentang pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh JAWI sendiri.


Setelah itu kami dibawa ke checkpoint 2 untuk diberikan taklimat tentang aktiviti explorace Israk dan Mikraj. Semasa di checkpoint 2 kami diberikan hidangan makan tengahari yang sungguh sedap. Terima kasih. sesudah menjamah makanan semua peserta menunaikan solat Zohor di Masjid Negara.

Kami kemudiannya dibawa ke Muzium Kesenian Islam Malaysia dimana explorace akan diadakan. Taklimat diberikan tentang perjalanan permainan ini. pertama sekali kami perlu mencari beberapa principal dan diberikan soalan cepumas sebelum kunci-kunci ke acara lain diberikan. pada principal pertama kami diberikan soalan tentang maksud israk. kami gagal pada percubaan pertama. Agak gugup dan ragu-ragu tentang jawapan pertama. dan ahli kumpulan saya, Meo telah membantu kumpulan dengan menjawab soalan ini dengan penuh keyakinan. Kemudiannya kami perlu mencari principal ke 2 untuk diberikan kunci ke muzium. Principak ke dua seterusnya memberikan kunci yang ke 2 tetapi dengan menjawab soalan yang seterusnya iaitu pengertian Mikraj. kami kemudiannya bergegas ke tingkat atas untuk mendapatkan soalan dari principal ke 3. principal ke 3 kemudianya memberikan kertas soalan2 untuk disempurnakan.

berikutan kelewatan dalam memulakan tugasan terakhir ini, kumpulan kami agak ketinggalan dan bermula dengan lewat. setrusnya para ahli dibahagikan tugas untuk menyempurnakan tugasan ini. Ada yang ditugaskan untuk mencari jawapan dan ada yang ditugaskan untuk melukis. kami berjaya menyempurnakan tugasan ini 70% siap.

1 comment:

Shahfaliq said...

Best naaa... baru 3 hari.. nanti join lagi taw